Monday, April 22, 2013

PRU-13: Senarai penuh calon BN di Terengganu


PRU-13: Senarai penuh calon BN di Terengganu

KUALA TERENGGANU 16 April- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Datuk Seri Ahmad Said petang ini mengumumkan senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan adunan pelbagai latar belakang untuk membawa kemenangan lebih besar.
Muka lama bersama kelompok baru daripada kalangan profesional termasuk peguam dan hakim, ahli agama, pentadbir, pendidik dan usahawan pelbagai peringkat usia diyakini mampu membawa perubahan lebih besar dalam memacu masa depan rakyat yang lebih sejahtera dan negeri yang lebih makmur.
Daripada 32 calon Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan Parlimen, 45 peratus merupakan muka baru manakala kalangan yang lama merupakan calon yang akan mempertahankan kerusi, berubah tempat dan yang pernah digugurkan dan tewas tetapi dipilih semula berasaskan strategi parti.
Berikut senarai penuh calon BN di Terengganu:
P.33 Besut - Datuk Seri Idris Jusoh
N.1 Kuala Besut - Dr. A Rahman Mokhtar
N2. Kota Putera - Mohd Mahdi Musa (muka baharu)
N3.Jertih - Mohd Pehimi Yusof
N.4 Hulu Besut - Nawi Mohamad
P.34 Setiu - Che Mohamad Zulkifly Jusoh (muka baharu)
N.5 Jabi - Iskandar Jaafar (muka baharu)
N.6 Permaisuri - Datuk Mohd Jidin Shafiee
N.7 Langkap - Sabri Mohd Noor (muka baharu)
N.8 Batu Rakit - Bazlan Abdul Rahman (muka baharu)
P.35 Kuala Nerus - Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri
N.9 Tepuh - Muhammad Ramli Nuh
N.10 Teluk Pasu - Datuk Abdul Rahin Mohd Said
N.11 Seberang Takir - Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman
N.12. Bukit Tunggal - Ismail Nik (muka baharu)
P.36 Kuala Terengganu - Mohd. Zubir Embong (muka baharu)
N.13 Wakaf Mempelam - Wan Mahyuddin Wan Ngah (muka baharu)
N.14 Bandar - Datuk Toh Chin Yaw
N.15 Ladang - Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
N.16 Batu Buruk - Datuk Che Mat Jusoh
P.37 Marang - Datuk Yahya Khatib Mohamad
N.17 Alur Limbat - Alias Abdullah
N.18 Bukit Payung - Zaidi Muda
N.19 Rhu Rendang - Nik Dir Wan Ku (muka baharu)
N.20 Pengkalan Berangan - A. Latif Awang (muka baharu)
P.38 Hulu Terengganu - Datuk Jailani Johari (muka baharu)
N.21 Telemong - Rozi Mamat
N.22 Manir - Yusof Awang Hitam (muka baharu)
N.23 Kuala Berang - Datuk Tengku Putera Tengku Awang
N.24 Ajil - Ghazali Taib (muka baharu)
P.39 Dungun - Datuk Rosli Mat Hassan
N.25 Bukit Besi - Roslee Daud (muka baharu)
N.26 Rantau Abang - Datuk Za'abar Mohd Adib
N.27 Sura - Zakariah Ali (muka baharu)
N.28 Paka - Datuk Matulidi Mat Jusoh
P.40 Kemaman - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
N.29 Kemasik - Ir. Rosli Othman
N.30 Kijal - Datuk Seri Ahmad Said
N.31 Cukai - Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid
N.32 Air Putih - Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar
- UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130416/px_103/PRU-13:--Senarai-penuh-calon-BN-di-Terengganu#ixzz2RDLotQ65
© Utusan Melayu (M) Bhd 

ANALISIS PRU-13: Apa yang tak kena di Wakaf Mempelam


ANALISIS PRU-13: Apa yang tak kena di Wakaf Mempelam

APA yang sebenarnya tidak kena di Wakaf Mempelam? Ini bukan soal kedudukan wakaf yang diteduhi pokok buahan, tetapi soal sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Sudah lebih 30 tahun DUN yang meliputi kawasan pinggir bandar raya ini yang terkwenal dengan keropok Losong itu itu dikuasai Pas - kawasan yang makin dianggap sebagai lubuk parti pembangkang itu dan mungkin dikategorikan hitam bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Ketika banyak pihak yakin Terengganu terus kekal di bawah BN dengan kemenangan lebih besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), DUN Wakaf Mempelam kelihatan terlalu sukar untuk dikembalikan untuk meningkatkan senarai bilangan kerusi.

Lazimnya, jika kawasan dianggap lubuk bagi Pas, pelengkapnya merupakan tokoh setempat berkelulusan agama yang dilabelkan ulama dan ustaz dengan kewujudan masjid baginya menapak, sekolah dan pondok untuk menyemai tarbiyah berpanjangan bagi mencambahkan kader.
Namun semua ini tidak ada di Wakaf Mempelam, kawasan yang turut menerima limpahan perkembangan bandar raya manakala aspek kebajikan dan pembangunan untuk masyarakat setempat tidak dikesampingkan oleh kerajaan dan para pemimpin UMNO sendiri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menjengah kawasan itutahun lalu juga bertanya mengapa?
"Di Wakaf Mempelam sudah 30 tahun (dikuasai Pas) Apa halnya ini? Apakah masyarakat tidak nampak perubahan yang dibawa oleh pimpinan BN
dan kemampuan BN untuk membawa perubahan yang lebih besar,''ujarnya.
Menyingkap rentetan sejarah pilihan raya, Pas menguasai Wakaf Mempelam melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali dalam PRU 1986 dengan majoriti tipis 105 undi menewaskan calon BN, Abdul Latif Mohamad.

Dalam PRU 1990, Pesuruhjaya Pas Terengganu kini, Abdul Wahid Endut
mengambil alih kerusi itu dengan majoriti 1,163 undi, dalam persaingan tiga penjuru termasuk Abdul Latif yang dicalonkan semula.

Pada tahun 1995, BN meletakkan seorang usahawan, Datuk Sulong Mamat tetapi Abdul Wahid terus menang dengan majoriti 1,119 dan apabila ditentang oleh Muhammad Ngah semasa tsunami melanda politik negara pada tahun 1999, majoriti yang diperoleh meningat kepada 5,760.

Manakala pada 2004, majoriti yang diperoleh Abdul Wahid menurun semula
kepada 1,888 setelah mengalahkan bekas pegawai Kemas, Hamzah Mohd Zain dan kembali meningkat kepada 2,193 pada 2008 semasa dicabar Othman Awang pada 2009.
Daripada 12,616 jumlah pengundi yang layak pada tahun 1984, jumlah itu meningkat kepada 25,276 orang dalam PRU Ke-13 (termasuk 114 Cina, India (17) dan lain-lain 21) dengan lebih 4,000 pengundi baru kebanyakannya kalangan anak muda.

Ramai kalangan setempat berhujah faktor calon memainkan peranan cukup besar bersama dengan perpecahan melalui sikap kalangan UMNO sendiri yang cuba melumpuhkan harapan untuk menang.
Ketika UMNO menurunkan calon yang sukar untuk disenangi meluas, Wahid yang merupakan penduduk setempat, mempunyai latar keluarga yang ramai bertompok di berapa mukim bagi melebarkan pengaruh dan sokongan di samping pendekatannya yang mesra.

Ada yang bertanya apakah jasa Abdul Wahid bagi kawasan itu selain kemesraannya dengan sesiapa sahaja dan kemunculannya di majlis kenduri-kendara.
PRU-13 kali ini, Abdul Wahid mungkin diturunkan lagi meskipun dikatakan berhadapan masalah kesihatan dan beliau akan dicabar oleh salah seorang daripda beberapa nama yang disebut-sebut termasuklah bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Zuber Embong.

Juga disebut-sebut Pegawai Pembangunan DUN, Wan Mahyuddin Wan Ngah di samping bekas guru dan bekas pemimpin Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Syed Annuar Syed Mohamad yang kesemuanya anak tempatan dengan latar dan watak berbeza.

Yang penting BN perlu memilih calon yang boleh diterima lebih luas sebagaimana Abdul Wahid ketika pembangunan bukan suatu tarikan besar dan orang UMNO tidak lagi mudah mengorbankan parti sendiri.
Daripada tiga nama ini, jika pilihan tepat, dengan tambahan sokongan anak muda, tidak lagi mustahil BN untuk menang. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130410/px_69/ANALISIS-PRU-13-Apa-yang-tak-kena-di-Wakaf-Mempelam#ixzz2RDFVpwl8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, April 3, 2013

PM Sah Umumkan Parlimen Dibubarkan Hari Ini


Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menandatangani warkah yang dipersembahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) bagi memohon perkenan baginda untuk pembubaran Dewan Rakyat di Istana Negara di sini hari ini. -fotoBERNAMA 
PETALING JAYA: Parlimen Malaysia penggal ke-12 dibubar secara rasmi pada Rabu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan.

 Pembubaran berkenaan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen kira-kira pukul 11.30 pagi.

 Menurut Najib, pembubaran berkenaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ketika beliau menghadap baginda awal pagi Rabu.

 "Pada pagi ini saya telah pun menghadap Yang Di-Pertuan Agong dan menyembah warkah kepada baginda memohon perkenan supaya Parlimen ke-12 dibubarkan pada hari ini.

 "Sehubungan itu selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, baginda telah pun memperkenankan agar Parlimen ke-12 dibubarkan berkuat-kuasa hari ini," katanya.

 Beliau sebelum itu mempengerusikan mesyuarat Kabinet terkahir di Putrajaya. Pada sidang media khas itu juga Perdana Menteri meminta semua ketua kerajaan negeri mendapatkan perkenan daripada ketua negeri masing-masing bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.

 "Saya menasihatkan kepada ketua-ketua kerajaan negeri yang berkenaan untuk menghadap ketua-ketua negeri mereka bagi mendapatkan perkenan pembubaran DUN masing-masing agar pilihan raya umum dapat diselaraskan secara serentak seluruh negara," katanya.

 Sementara itu Najib turut menasihatkan semua parti politik yang akan bertanding pada PRU akan datang supaya mengamalkan prinsip demokrasi demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan nasional.

 "Semua parti politik yang memilih untuk terlibat di dalam proses pilihan raya kali ini perlulah bertanggungjawab.

Janganlah kerana tidak yakin dengan sokongan rakyat terhadap parti masing-masing maka ada pihak yang cuba menyemai racun syak wasangka dan seterusnya merosakkan kepercayaan kepada integriti proses pilihan raya yang bakal diadakan.

 "Insaflah dan ambillah iktibar dari apa yang telah berlaku di negara-negara lain di mana taktik ini telah cuba diguna pakai.

Kesan akhirnya proses dan keputusan pilihan raya di negara-negara tersebut tidak lagi diyakini dan mana-mana kerajaan yang dipilih termasuk dari parti yang mengamalkan taktik tersebut telah ditolak rakyat.

Negara akhirnya menjadi tidak stabil, pelabur hilang keyakinan, kemakmuran nasional merudum dan akhirnya rakyat menderita," katanya.-mStar