Tuesday, February 14, 2012

Anuar Masih Curiga Terhadap SPR??


Anuar Masih Curiga Terhadap SPR??

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapatnya kecurigaan dalam pertambahan mendadak bilangan pengundi di sesetengah kawasan di negeri ini sejak 2008. Penasihat PKR itu menjelaskan, antara kawasan yang mengalami kadar kenaikan ketara adalah di kawasan Subang, Kota Raja, dan Puchong. "Berdasarkan kajian analisis terperinci Pakatan Rakyat (PR) terdapatnya pertambahan mendadak bilangan pengundi di sesetengah kawasan yang mencurigakan.



Sehubungan itu, Anwar turut menuntut SPR melaksanakan penyiasatan terperinci terhadap sejumlah 42,000 senarai nama yang meragukan di dalam senarai daftar pemilih yang tidak mendaftar dengan Jabatan pendaftaran Negara (JPN). Sehingga Oktober 2011, sejumlah 42,000 senarai nama meragukan terdapat daalam senarai daftar pemilih dan kebanyakan mereka ini berumur antara 90 hingga seratus tahun dan tidak berdaftar dengan JP. Sekiranya perkara itu tidak di atasi segera, Pakatan Rakyat mendesak SPR supaya tidak melaksanakan pilihan raya sihinggalah siasatan selesai. jelasnya lagi dan menambah, pembangkang turut mendesak SPR menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat warga asing yang diberi kerakyatan.  


"Perkara itu bukan hanya isu di Sabah, bahkan masalah peringkat nasional. Sehubungan itu, PKR mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewujudkan suruhanjaya  dan sahkan status mereka yang layak sebagai warganegara dan pengundi sebelum pilihan raya akan datang," tegasnya. Menurut beliau, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, tiga pemimpin PR yang berada di dalam Jawatankuasa Khas Parlimen berkenaan penambah baikan pilihan raya (PSC) akan memainkan peranan mendesak SPR menjalankan semakan yang lebih telus dan pendaftaran secara automatik supaya data pengundi dapat disemak dengan lebih teliti. "Azmin Ali, Anthony Loke, dan Dr Hatta Ramli akan bertanggungjawab mendesak SPR bagi memperbaiki perkara ini sebelum pilihan raya dilaksanakan," katanya lagi.

Hadi Awang - PAS takkan Tarik Pendirian 'Hari Kekasih'.


Hadi Awang - PAS takkan Tarik Pendirian 'Hari Kekasih'.

E-mailPrint

alt

KLANG 12 Feb. - PAS menetapkan keputusan tidak akan sama sekali menarik semula pendirian menentang sambutan Hari Kekasih.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan, pendirian tersebut ditujukan khas buat masyarakat Islam di Negara ini dan tidak melibatkan bukan Islam.

"Orang bukan Islam (sambutan) itu hak dia, kita tidak boleh ganggu. Kita nak gesa orang Islam kerana ini tanggungjawab agama. Di Kelantan dan Terengganu kita haramkan arak bagi orang Islam tetapi pengharaman itu tidak membabitkan orang bukan Islam."

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) di sini.
 
Abdul Hadi diminta mengulas kenyataan pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh semalam yang menggesa PAS menarik balik pendirian parti itu yang menentang sambutan Hari Kekasih yang untuk tahun ini, akan disambut Selasa ini.
 
DAP berpendapat pendirian PAS itu sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan di Malaysia, kata Karpal.
Sumber: kl pos

Kata Dua Nik Aziz Kepada Anwar Bersifat Kepentingan Politik


Kata Dua Nik Aziz Kepada Anwar Bersifat Kepentingan Politik

KUALA LUMPUR 14 Feb – Gesaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyokong Israel seperti yang dilaporkan media, lebih bersifat sebagai kenyataan politik.
Exco Wanita UMNO, Suraya Yaacob berkata apa yang dilakukan oleh Nik Aziz itu lebih menjurus untuk menyelamatkan diri serta partinya daripada terus dibidas berhubung kenyataan itu kerana Pas adalah rakan sekutu pakatan pembangkang yang diketuai Anwar.
“Mengapa sekarang baru Nik Aziz menyuruh Anwar menarik balik kenyataan itu, sedangkan perkara itu sudah lama menjadi topik hangat termasuk di negara jiran, apakah gesaan itu menjurus kepada kepentingan politik.
“Nik Aziz sebenarnya terpaksa melakukan itu kerana menyedari kenyataan Anwar itu telah menimbulkan pelbagai masalah di kalangan orang Melayu dan Islam di negara ini termasuk di kalangan penyokong Pas.
“Sepatutnya sudah lama Nik Aziz melakukannya, jika dia benar-benar ikhlas sudah lama dia membuat teguran kepada Anwar, mengapa sekarang, ini jelas menunjukkan Nik Aziz terpaksa melakukan apabila menyedari kenyataan itu memberi kesan sokongan rakyat terhadap partinya,” katanya kepada UMNO-online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media bahawa Nik Aziz sudah pun menghantar surat kepada Anwar supaya menarik balik kenyataan itu selepas dipersetujui oleh Majlis Syura yang diketuai olehnya.
Suraya yang juga Adun Sungai Tiang, menyifatkan gesaan Nik Aziz itu dilihat seperti tidak sepenuh hati kerana berdasarkan kenyataan itu beliau masih menyalahkan pihak media yang dikatakan tersalah lapor terhadap apa yang diucapkan.
“Nik Aziz dan Anwar menjawat jawatan yang  dilantik, sebab itu mereka sesuka hati membuat kenyataan tanpa memikirkan kesannya, kerana jawatannya tidak melalui proses pemilihan seperti jawatan lain dalam parti mereka.
“Jangan pula hairan dengan apa yang dibuat oleh Nik Aziz itu jika dalam tempoh terdekat nanti dia bertukar nada, seperti yang kita ketahui Nik Aziz sering membuat kenyataan yang tidak konsisten hanya untuk kepentingan peribadi dan politik,” katanya.
-MediaUMNO

Hasan Ali dihalang Laksana Dasar Islam - Mufti Perak.


Hasan Ali dihalang Laksana Dasar Islam - Mufti Perak.

E-mailPrint

alt

KUALA LUMPUR, 12 Feb - Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali membuat keputusan untuk tidak membuat sebarang merayu kepada Majlis Syura Ulama berhubung pemecatannya pada 8 Januari lalu akibat rasa kecewa dihalang melaksanakan dasar Islam sepenuhnya melalui Parti tersebut.

Demikian kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani yang turut percaya keputusan Hasan yang menyambung aspirasi perjuangannnya menerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO).

“Beliau (Hasan) sudah dipecat daripada PAS, kalau buat rayuan kemungkinan untuk diterima semula itu sukar...jadi daripada merayu lebih baik Hasan bergerak sendiri dan tubuhkan NGO yang dapat dijadikan platform perjuangan beliau.


“Selepas dipecat beliau mahu menubuhkan NGO untuk terus memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu...jadi beliau perlu serius untuk menegakkan Islam, jangan libatkan parti politik,” katanya kepada wartawan The Malaysian Insider petang tadi

Reaksi beliau itu setelah melihat Hasan Ali bakal memberi fokus terhadap penubuhan JATI yang dijangka bakal dirasmikan pada 21 Februari ini.
 
Beliau turut mendakwa, Hasan Ali satu ketika dahulu telah memilih PAS kerana sikap tegasnya dalam melaksanakan dasar Islam dan beliau tidak merasakan UMNO tidak serius ke arah itu. Akan tetapi, kerjasama DAP dan PKR dilihat penghalang ke arah merealisasi perjuangan beliau dan parti itu sendiri.
 
“Saya kenal Hasan sejak dulu dan beliau merupakan pemimpin yang berpegang kepada prinsip Islam...itu saya tahu. Beliau lebih kepada Islam, untuk itu beliau menyertai parti yang memperjuangkan Islam tapi mungkin kerana kecewa kerana tidak dapat memperjuangkan Islam beliau tidak mahu terus bersama PAS.


“Bagi saya biarlah beliau bersama NGO, jangan libatkan parti politik. Jangan pedulikan orang lain dan fokus kepada perjuangan,” katanya.

Sumber: kl pos

Saturday, February 4, 2012

Dr Hasan Ali Tekad Tidak Rayu Sertai PAS Semula




AIDCNews – 04/02/12 – Datuk Dr Hasan Mohamed Ali hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan membuat rayuan untuk menyertai semula PAS.
Hasan yang dipecat daripada PAS pada 8 Januari lalu tetap dengan prinsipnya tidak akan membuat rayuan kerana menyifatkan pemecatannya dibuat secara autokratik dan tidak demokratik.
“Setelah merenung berbagai sudut termasuk kepraktikalan gerak kerja saya seterusnya dan yang paling penting setelah beristikharah telah membawa saya membuat keputusan untuk tidak membuat rayuan.
“Sabaliknya saya membantah keputusan pemecatan saya yang bersifat arbitrari (tidak berasas) dan dilakukan mengikut selera parasit-parasit yang sememangnya bagitu bernafsu untuk melihat saya tidak lagi berada dalam saf kepimpinan parti,” katanya dalam sidang akhbar di rumahnya, Taman Dun Dr Ismail, seperti dilaporkan Mstar
Selepas dipecat, Hasan diberi tempoh sehingga Selasa ini sebagai tarikh akhir membuat rayuan.
Menurutnya keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk keghairahan sesetengah pemimpin PAS bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP demi untuk menjayakan sasaran menawan Putrajaya.
“Kerap kali saya mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. Ini berikutan dengan pendekatan yang diambil oleh parasit dalam PAS hingga melampaui hal-hal yang berkaitan dengan dasar parti yang terpaksa dikorbankan untuk menjaga kepentingan DAP dan PKR.
“Dalam banyak hal saya dapati pimpinan parasit dalam PAS lebih gemar mendengar pandangan daripada DAP dan PKR berbanding daripada wakil partinya sendiri dalam hal pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor,” katanya.
Hasan yang turut dilucutkan jawatan Exco Hal Ehwal Islam Selangor pada 13 Januari lalu turut menyatakan bahawa sehingga kini beliau tidak menerima sebarang pertuduhan berhubung pemecatannya.
“Saya tidak pernah menerima surat, pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon meminta saya hadir khusus untuk memberi keterangan terhadap apa-apa pertuduhan (sekiranya ada) yang dikenakan terhadap saya,” katanya.
72 Peratus PAS Dikuasai Sekular
Sementara itu pada 3 Februari, semasa berceramah di Bukit Naning, Johor, Hasan mendedahkan 72 peratus kepimpinan PAS kini dikuasai oleh golongan sekular yang sanggup ‘tidur sekatil’ dengan DAP dan PKR.
Katanya, golongan itu sanggup mengenepikan perjuangan asal PAS untuk menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Dalam ceramah yang dihadiri kira-kira 3,500 orang itu, Hasan turut mendedahkan bagaimana kepimpinan Pas cuba memujuknya supaya berlembut dan mengikut sahaja arahan pakatan pembangkang yang tidak setuju dengan tindakannya membanteras gerakan mengkristiankan orang Islam di Selangor.
“Mereka minta saya bersabar dengan mengatakan apabila sudah dapat tawan Putrajaya, waktu itulah baru dikuatkuasakan undang-undang Islam,” katanya seperti dilaporkan Bernama.
Katanya, pakatan pembangkang tidak mahu mendengar perkataan Islam, Melayu dan Raja serta mereka akan mendidik anak-anak dengan didikan secara liberal jika diberi peluang memerintah.

Parti KITA akan Dibubarkan



AIDCNews – 02/02/12 – Parti KITA akan dibubarkan dalam satu Mesyuarat Agung Luar Biasa akan diadakan tidak lama lagi, demikian kenyataan yang dikeluarkan dalam laman rasmi partikita.com hari ini.
Kenyataan yang dipercayai dikeluarkan oleh Datuk Zaid Ibrahim, Presiden KITA menyatakan salah satu faktor pembubaran parti itu adalah masalah dana.
“Saya juga tidak dapat mengumpul dana yang mencukupi untuk menguruskan aktiviti-aktiviti parti, dan teman-teman yang telah berjanji untuk membantu telah akhirnya memutuskan untuk menarik balik”, katanya.
Menurutnya penubuhan parti KITA adalah satu kesilapan, tetapi tidak tawar hati untuk memberikan terus memberikan idea-idea alternatif.
“Peribahasa Melayu ada menyebut, “jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ka pangkal jalan”. Saya sedar sekarang bahawa penubuhan KITA adalah satu kesilapan.
“Saya berhasrat untuk memberi idea-idea alternatif dalam politik dan membawa kepelbagaian bakat yang lebih luas kepada kepimpinan pembangkang.
“Saya telah membuat banyak kesilapan dalam hidup saya tetapi saya tidak tawar hati. Saya tetap yakin bahawa perubahan akan datang untuk kebaikan negara ini dan saya akan terus menjalankan tanggungjawab saya di dalam mencapai tujuan itu”, katanya.
KITA sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Malaysia (AKM) yang dilancarkan tahun lalu dengan moto “moderat, demokratik dan liberal” bertujuan mengembalikan semangat dan keharmonian ketika era kemerdekaan negara pada tahun 1957.