Thursday, January 26, 2012

POLITIK PERMUAFAKATAN


Politik permuafakatan adalah salah satu kaedah yang di amalkan dalam sistem politik Malaysia semenjak kemerdekaan. Kebiasaannya politik permuafakatan atau consosional politik ini berlaku di nagara yang mempunyai  masyarakat yang berbilang bangsa atau majmuk. Malaysia telah mengamalkan politik permuafakatan ini dengan bergabungnya UMNO, MCA dan MIC membentuk Perikatan. Politik permuafakatan ini pertama kalinya diperkenalkan oleh  Arend Lijpart semasa Persidangan Sains politik Antarabangsa di Brussel .
Antara negara maju yang melakukan politik permuafakatan ini adalah Belanda ,Swizerland dan Austria. Manakala bagi negara sedang membangun yang menjalankan politik permuafakatan ini termasuk Pakistan, India dan Malaysia adalah negara sedang membangun yang paling berjaya dalam pengamalan politik permuafakatan. Walau bagaimana pun berlaku sedikit gangguan terhadap kejayaan politik permuafakatan  apabila berlakunya rusuhan kaum selepas 13 Mei 1969.  Tetapi keberkesanan Politik Permuafakatan di Malaysia ini berlangsung dengan jayanya selepas itu sehingga kini yang membawa tertubuhnya Barisan Nasional sebagai kesinambungan daripada Parti Perikatan.
Antara elemen utama yang terdapat dalam politik permuafakatan ini adalah melalui perkongsian kuasa.   Perkongsian kuasa ini akan melibatkan setiap ketua dan pemimpin daripada setiap kaum untuk terlibat dalam pemerintahan.   Selain itu melalui perkongsian kuasa yang berlaku setiap kaum yang diwakili perlu dapat untuk mencapai kata sepakat dan bertolak ansur bagi mencapai keputusan yang dibuat iaitu tanpa mendiskriminasikan hak kaum-kaum yang lain.
Seterusnya pula adalah Kuasa veto.  Kuasa veto di sini bermaksud setiap kaum berhak untuk melakukan pembatalan terhadap sebarang keputusan yang dilakukan sekiranya dilihat keputusan tersebut tidak memenuhi dan kepentingan kaum yang di wakili tidak di penuhi.
Elemen seterusnya ialah proposional iaitu nisbah perkadaran terhadap pemilihan yang dilakukan dalam setiap sektor pemerintahan.  Keadaan ini menyebabkan perlu ada wakil daripada setiap kaum dalam pemerintahan negara dengan nisbah tertentu. Melaluinya akan dapat untuk mengelakkan berlakunya diskriminasi terhadap kaum tertentu.
Elemen terakhir yang terdapat dalam politik permuafakatan ini adalah Autonomi Segmental iaitu di mana setiap kaum  mempunyai autonomi untuk menentukan apa yang perlu untuk kaum yang di wakili contohnya  isu-isu pendidikan, agama, bahasa dan budaya.  Melalui kerjasama dan gabungan ini, Malaysia dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan politik negara sehingga kini melalui BN yang melibatkan gabungan dan kerjasama antara setiap kaum dan politik permuafakatan dapat di aplikasikan dengan jayanya dalam konteks politik Malaysia.

Monday, January 16, 2012

DRB-HICOM Beli Proton Dengan Nilai RM1.291 Bilion?


proton drb hicom 3 DRB HICOM Beli Proton Dengan Nilai RM1.291 Bilion? Harga Kereta Akan Turun?
Selepas ini, Proton bukan lagi syarikat GLC dengan tindakan DRB Hicon beli Proton daripada Khazanah dengan nilai RM1.291 billion. Proton akan bergelar syarikat swasta. Tetapi yang menjadi persoalan sekarang ini, apakah halatuju Proton & pencapaian sebagai anak syarikat DRB Hicom selepas ini? 
Sebelum ini, senarai pemegang saham dalam Proton berdasarkan laporan Bursan Sham adalah seperti berikut :
  1. Khazanah 42.74%
  2. KWSP 10.72%
  3. Petroliam Nasional Berhad 7.851%
  4. Yang lain semua pegang sikit-sikit je, sekitar 1%++ termasuklah HSBC, Maybank, Amanah Raya, PNB, Tabung Haji, Pekeso dll.
proton drb hicom DRB HICOM Beli Proton Dengan Nilai RM1.291 Bilion? Harga Kereta Akan Turun? Kami juga ada membuka ruang undian pada laporan berita di sini, Pegangan Saham Terbesar Proton : Khazanah Nasional VS DRB Hicom VS NAZA. Mana Satu Pilihan Anda? Kami sendiri meletakkan pada masa itu, DRB Hicom dalam kedudukan yang hampir pasti memiliki Proton. Dan seramai 16% daripada kalangan pembaca memilih DRB Hicom sebagai pemilik baru Proton.
Khazanah Nasional Bhd mengumumkan yang ia akan menjual 42.74 peratus kepentingannya dalam Proton Holdings Bhd kepada DRB-Hicom Bhd menerusi jualan bersyarat dengan harga RM5.50 sesaham atau RM1.291 bilion.
Bagi kami, ini adalah satu tindakan yang bagus daripada membiarkan Proton terus di bawah “cengkaman” kerajaan. Dan dalam pada masa yang sama dapat mengelakkan Khazanah terus mengorek “tabungan” mereka untuk “memberikan suntikan danan dan bantuan kepada Proton.

DRB Hicom – Proton : Apa Yang Kami Tiada Lagi Alasan Yang Boleh Digunakan Kerajaan :

  • Cukai kereta import yang terlalu tinggi 300% semata-mata untuk menjaga dan melindungi kepentingan Proton. Benarkah cukai akan diturunkan? Realiti atau Ilusi? 
  • Kakitangan Proton akan lebih bekerja keras selepas ini. Tiada lagi pemikiran makan gaji dengan kerajaan, tidak akan dibuang seperti sebelum-sebelum ini
  • Persoalannya sekarang apa yang akan terjadi kepada lotus? Adakah Lotus akan dijual ataupun lupus?
Maknanya sekarang Proton kena tingkatkan kualiti model-model keluaran mereka. Sebab Proton sekarang ini lebih berorientasikan kualiti.
Nak keuntungan tinggi = barang/model kenalah berkualiti = barulah ramai pembeli/pelanggan
Jika DRB Hicom tidak menunjukkan prestasi yang baik, anda akan tertinggal. Itu sahaja. Kami lebih suka begini suasananya. Harap Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary mengambil perhatian mengenai tuntutan-tuntutan seperti ini.
proton drb hicom 2 DRB HICOM Beli Proton Dengan Nilai RM1.291 Bilion? Harga Kereta Akan Turun?
Ya…DRB Hicom adalah milik beliau. Kemudian diharapkan DRB-Hicom dalam semak semula program vendor Proton. Vendor inilah sebenarnya yang melingkupkan Proton.
“Pengurusan baru, harapan baru kepada pelanggan Proton”
Dan sekarang adalah masa yang cukup sesuai untuk DRB Hicom menunjukkan yang “Proton sebenarnya mampu pergi lebih jauh” jika pengurusan lebih elok, menjaga kepentingan penggunanya bukannya kroni dan dalam pada masa yang sama tidak mencampuradukkan kepentingan politik di dalamnya.
P/S : Apa harapan & jangkaan anda dengan pengambilalihan DRB Hicom Proton ini nanti?
Sumber:Berita Semasa

Pembayaran RM500 LHDN Dalam Bentuk Baucar Tunai



BR1M pembayaran rm500 BR1M : Pembayaran RM500 LHDN Melalui Baucar Tunai Bermula 15 Januari 2012
Setakat ini, dah ada sebanyak 4,123,713 borang BR1M sudah diterima dari seluruh negara sehingga 10 Januari 2012. Adakah anda termasuk sekali daripada kelompok ini? Kalau ikut perkiraan kerajaan sepatutnya sebanyak 5.2 juta isi rumah yang layak menerima manfaat BR1M. 

Pembayaran RM500 LHDN Dalam Bentuk Baucar Tunai

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan selama dua bulan bermula 15 Januari 2012 dalam bentuk baucar tunai BR1M.

SKIM AMANAH RAKYAT 1 MALAYSIA


Apa Yang Terkandung dalam SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) Ini?

  1. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.
  2. Skim khas Sara 1Malaysia ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.
  3. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah
  4. Bayaran Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.

Cara Memohon Sara 1Malaysia (Borang Permohonan)

  1. Dapatkan borang permohonan Sara 1Malaysia di salah satu cawangan bank-bank terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan. 
  2. Jika anda berjaya, pihak akan menghubungi sendiri anda kelak
  3. Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang disahkan seperti :
  • Kad pengenalan pemohon (2 salinan)
  • Kad pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan)
  • Bukti pendapatan (1 salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini & 1 salinan Penyata Bank 3 bulan terkini)

Syarat Kelayakan Permohonan Sara 1Malaysia

  1. Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
  2. Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000. Bermakna di sini, jumlah pendapatan kasar suami dan isteri mesti tak lebih RM3,000. Jelas? 
  3. Pemohon tidak pernah muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  4. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
  5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar
  6. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
  7. Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja
Ada 2 pilihan di sini iaitu samada melalui pinjaman ataupun pelaburan tunai daripada simpanan anda sendiri untuk membuat pelaburan dalam skim Sara 1Malaysia ini:
  • Gaji bawah RM3,000 – buah pinjaman RM5,000
  • Bulan-bulan dapat RM134 (pulangan tetap) daripada pelaburan RM5,000 pelaburan yang anda buat pinjaman
  • Bayaran bulanan untuk pinjaman sebanyak RM5,000 yang dilakukan terhadap mana-mana institusi kewangan adalah sebanyak RM84
  • Pendapatan bersih setiap bulan adalah sebanyak RM50 (RM134-RM84)
atau….
  • Bayaran tunai RM5,000 kepada kerajaan sebagai pelaburan
  • Pendapatan bulanan bersih adalah sebanyak RM134  (pulangan tetap) selama 5 tahun
  • Bermakna pelabur boleh untung, sehingga 2.68% sebulan