Selepas ini, Proton bukan lagi syarikat GLC dengan tindakan DRB Hicon beli Proton daripada Khazanah dengan nilai RM1.291 billion. Proton akan bergelar syarikat swasta. Tetapi yang menjadi persoalan sekarang ini, apakah halatuju Proton & pencapaian sebagai anak syarikat DRB Hicom selepas ini?
Sebelum ini, senarai pemegang saham dalam Proton berdasarkan laporan Bursan Sham adalah seperti berikut :
- Khazanah 42.74%
- KWSP 10.72%
- Petroliam Nasional Berhad 7.851%
- Yang lain semua pegang sikit-sikit je, sekitar 1%++ termasuklah HSBC, Maybank, Amanah Raya, PNB, Tabung Haji, Pekeso dll.
Khazanah Nasional Bhd mengumumkan yang ia akan menjual 42.74 peratus kepentingannya dalam Proton Holdings Bhd kepada DRB-Hicom Bhd menerusi jualan bersyarat dengan harga RM5.50 sesaham atau RM1.291 bilion.
Bagi kami, ini adalah satu tindakan yang bagus daripada membiarkan Proton terus di bawah “cengkaman” kerajaan. Dan dalam pada masa yang sama dapat mengelakkan Khazanah terus mengorek “tabungan” mereka untuk “memberikan suntikan danan dan bantuan kepada Proton.
DRB Hicom – Proton : Apa Yang Kami Tiada Lagi Alasan Yang Boleh Digunakan Kerajaan :
- Cukai kereta import yang terlalu tinggi 300% semata-mata untuk menjaga dan melindungi kepentingan Proton. Benarkah cukai akan diturunkan? Realiti atau Ilusi?
- Kakitangan Proton akan lebih bekerja keras selepas ini. Tiada lagi pemikiran makan gaji dengan kerajaan, tidak akan dibuang seperti sebelum-sebelum ini
- Persoalannya sekarang apa yang akan terjadi kepada lotus? Adakah Lotus akan dijual ataupun lupus?
Maknanya sekarang Proton kena tingkatkan kualiti model-model keluaran mereka. Sebab Proton sekarang ini lebih berorientasikan kualiti.
Nak keuntungan tinggi = barang/model kenalah berkualiti = barulah ramai pembeli/pelanggan
Jika DRB Hicom tidak menunjukkan prestasi yang baik, anda akan tertinggal. Itu sahaja. Kami lebih suka begini suasananya. Harap Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary mengambil perhatian mengenai tuntutan-tuntutan seperti ini.
Ya…DRB Hicom adalah milik beliau. Kemudian diharapkan DRB-Hicom dalam semak semula program vendor Proton. Vendor inilah sebenarnya yang melingkupkan Proton.
“Pengurusan baru, harapan baru kepada pelanggan Proton”
Dan sekarang adalah masa yang cukup sesuai untuk DRB Hicom menunjukkan yang “Proton sebenarnya mampu pergi lebih jauh” jika pengurusan lebih elok, menjaga kepentingan penggunanya bukannya kroni dan dalam pada masa yang sama tidak mencampuradukkan kepentingan politik di dalamnya.
P/S : Apa harapan & jangkaan anda dengan pengambilalihan DRB Hicom Proton ini nanti?
Sumber:Berita Semasa
No comments:
Post a Comment