Politik permuafakatan
adalah salah satu kaedah yang di amalkan dalam sistem politik Malaysia semenjak
kemerdekaan. Kebiasaannya politik permuafakatan atau consosional politik ini
berlaku di nagara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa atau
majmuk. Malaysia telah mengamalkan politik permuafakatan ini dengan
bergabungnya UMNO, MCA dan MIC membentuk Perikatan. Politik permuafakatan ini
pertama kalinya diperkenalkan oleh Arend Lijpart semasa Persidangan Sains
politik Antarabangsa di Brussel .
Antara
negara maju yang melakukan politik permuafakatan ini adalah Belanda ,Swizerland
dan Austria. Manakala bagi negara sedang membangun yang menjalankan politik
permuafakatan ini termasuk Pakistan, India dan Malaysia adalah negara sedang
membangun yang paling berjaya dalam pengamalan politik permuafakatan. Walau
bagaimana pun berlaku sedikit gangguan terhadap kejayaan politik
permuafakatan apabila berlakunya rusuhan kaum selepas 13 Mei 1969.
Tetapi keberkesanan Politik Permuafakatan di Malaysia ini berlangsung dengan
jayanya selepas itu sehingga kini yang membawa tertubuhnya Barisan Nasional
sebagai kesinambungan daripada Parti Perikatan.
Antara
elemen utama yang terdapat dalam politik permuafakatan ini adalah melalui
perkongsian kuasa. Perkongsian kuasa ini akan melibatkan setiap
ketua dan pemimpin daripada setiap kaum untuk terlibat dalam
pemerintahan. Selain itu melalui perkongsian kuasa yang berlaku
setiap kaum yang diwakili perlu dapat untuk mencapai kata sepakat dan bertolak ansur
bagi mencapai keputusan yang dibuat iaitu tanpa mendiskriminasikan hak
kaum-kaum yang lain.
Seterusnya
pula adalah Kuasa veto. Kuasa veto di sini bermaksud setiap kaum berhak
untuk melakukan pembatalan terhadap sebarang keputusan yang dilakukan sekiranya
dilihat keputusan tersebut tidak memenuhi dan kepentingan kaum yang di wakili
tidak di penuhi.
Elemen
seterusnya ialah proposional iaitu nisbah perkadaran terhadap pemilihan yang
dilakukan dalam setiap sektor pemerintahan. Keadaan ini menyebabkan perlu
ada wakil daripada setiap kaum dalam pemerintahan negara dengan nisbah
tertentu. Melaluinya akan dapat untuk mengelakkan berlakunya diskriminasi
terhadap kaum tertentu.
Elemen
terakhir yang terdapat dalam politik permuafakatan ini adalah Autonomi Segmental
iaitu di mana setiap kaum mempunyai autonomi untuk menentukan apa yang
perlu untuk kaum yang di wakili contohnya isu-isu pendidikan, agama,
bahasa dan budaya. Melalui kerjasama dan gabungan ini, Malaysia dapat
mengekalkan keamanan dan kestabilan politik negara sehingga kini melalui BN
yang melibatkan gabungan dan kerjasama antara setiap kaum dan politik
permuafakatan dapat di aplikasikan dengan jayanya dalam konteks politik
Malaysia.
No comments:
Post a Comment