AIDCNews – 02/02/12 – Parti KITA akan dibubarkan dalam satu
Mesyuarat Agung Luar Biasa akan diadakan tidak lama lagi, demikian kenyataan
yang dikeluarkan dalam laman rasmi partikita.com hari ini.
Kenyataan yang dipercayai dikeluarkan oleh Datuk Zaid Ibrahim,
Presiden KITA menyatakan salah satu faktor pembubaran parti itu adalah masalah
dana.
“Saya juga tidak dapat mengumpul dana yang mencukupi untuk
menguruskan aktiviti-aktiviti parti, dan teman-teman yang telah berjanji untuk
membantu telah akhirnya memutuskan untuk menarik balik”, katanya.
Menurutnya penubuhan parti KITA adalah satu kesilapan, tetapi
tidak tawar hati untuk memberikan terus memberikan idea-idea alternatif.
“Peribahasa Melayu ada menyebut, “jika sesat di penghujung
jalan, kembalilah ka pangkal jalan”. Saya sedar sekarang bahawa penubuhan KITA
adalah satu kesilapan.
“Saya berhasrat untuk memberi idea-idea alternatif dalam politik
dan membawa kepelbagaian bakat yang lebih luas kepada kepimpinan pembangkang.
“Saya telah membuat banyak kesilapan dalam hidup saya tetapi
saya tidak tawar hati. Saya tetap yakin bahawa perubahan akan datang untuk
kebaikan negara ini dan saya akan terus menjalankan tanggungjawab saya di dalam
mencapai tujuan itu”, katanya.
KITA sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Malaysia
(AKM) yang dilancarkan tahun lalu dengan moto “moderat, demokratik dan liberal”
bertujuan mengembalikan semangat dan keharmonian ketika era kemerdekaan negara
pada tahun 1957.
No comments:
Post a Comment