Tuesday, February 14, 2012

Hadi Awang - PAS takkan Tarik Pendirian 'Hari Kekasih'.


Hadi Awang - PAS takkan Tarik Pendirian 'Hari Kekasih'.

E-mailPrint

alt

KLANG 12 Feb. - PAS menetapkan keputusan tidak akan sama sekali menarik semula pendirian menentang sambutan Hari Kekasih.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan, pendirian tersebut ditujukan khas buat masyarakat Islam di Negara ini dan tidak melibatkan bukan Islam.

"Orang bukan Islam (sambutan) itu hak dia, kita tidak boleh ganggu. Kita nak gesa orang Islam kerana ini tanggungjawab agama. Di Kelantan dan Terengganu kita haramkan arak bagi orang Islam tetapi pengharaman itu tidak membabitkan orang bukan Islam."

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) di sini.
 
Abdul Hadi diminta mengulas kenyataan pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh semalam yang menggesa PAS menarik balik pendirian parti itu yang menentang sambutan Hari Kekasih yang untuk tahun ini, akan disambut Selasa ini.
 
DAP berpendapat pendirian PAS itu sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan di Malaysia, kata Karpal.
Sumber: kl pos

No comments:

Post a Comment